Siapa sahaja yang tidak suka Ayam Goreng ini. Bukan pada orang dewasa sahaja, tapi dalam kalangan kanak-kanak pun suka. Ala, macam siri kartun Upin dan Ipin tu…hehe.
Seperti seorang pengguna Facebook ini, beliau kongsikan cara beliau membuat Ayam Goreng Berempah yang menjadi kegemaran anak-anak beliau. Siap minta buatkan lepas anak beliau balik daripada sekolah. Wah, bila anak request tu confirm sedap kan?
Terima kasih Umi Watie untuk perkongsian resipi Ayam Goreng Berempah ini 🙂
Bahan- bahan:
Ayam
Telur
Serbuk kunyit
Serbuk Kari
Daun kari
Tepung jagung
Garam
Cara membuat:
- Gaulkan semua bahan sampai sebati. Kemudian, perapkan dalam peti sejuk sekejap. Nanti boleh goreng bila-bila nak makan.
- Gorengkan sampai garing, guna api perlahan je. Dah garing elok angkat dan toskan.
*Boleh lah dihidangkan dengan nasi putih mahu pun nasi berperisa seperti nasi goreng.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Umi Watie (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos