fbpx

Ayam Goreng Madu

iCookAsia

Bahan-bahan

½ ekor ayam
½ cawan hirisan cendawan
2 ulas bawang putih diketuk
2 sudu besar madu
2 sudu besar pes cili
2 sudu teh sos tiram
½ sudu teh lada hitam
1 sudu teh kunyit
sedikit garam

Cara membuat

1. Mula-mula perapkan ayam bersama kunyit, garam, lada hitam, dan sos tiram. Biarkan selama 10 minit.

2. Kemudian goreng ayam tersebut. Goreng sehingga keemasan dan ayam tersebut masak.

3. Apabila masak, angkat dan toskan minyaknya.

4. Seterusnya, panaskan minyak dan tumis bawang putih serta pes cili.

5. Kemudian masukkan sos tiram dan gula…diikuti dengan madu.

6. Kacau rata dan masukkan hirisan cendawan

7. Apabila masak, curahkan sos tersebut ke atas ayam tadi.

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x