Bahan-bahan
1) Ayam (500g)
2) Bawang putih – dicincang (1 ulas)
3) Halia – dicincang (1 sudu kecil)
4) Sos teriyaki (1/4 cawan)
5) Kicap masin (1/4 cawan)
6) Gula perang (1/4 cawan)
Cara membuat
1. Campur sos teriyaki bersama kicap masin, gula perang, halia dan bawang putih. Kacau rata.
2. Masukkan ayam ke dalam campuran sos dan gaul sebati. Perap lebih kurang 3 jam
3. Selepas 3 jam, goreng ayam bersama bahan-bahan perapannya tadi sehingga kering dan garing.