fbpx

Ayam Masak Buah Keluak

iCookAsia

 

*Buah keluak juga dikenali sebagai buah kepayang.

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam, dipotong 10 bahagian

5 biji buah keluak

1 liter air asam jawa

½ cawan air

80 gram isi ayam, dicincang halus

1/2 sudu kecil garam

1 sudu kecil gula

½ cawan minyak

Bahan untuk dikisar:

20 tangkai cili kering, dipotong, dibuang biji dan direndam di dalam air panas

12 biji bawang merah

4 ulas bawang putih

1 inci belacan

4 biji buah keras, hiris

3/4 inci kunyit hidup

5 batang serai, hiris halus

1/2 inci lengkuas

 

Cara-cara

  1. Mula-mula kopek dan korek keluar isi buah keluak dengan menggunakan sudu kecil atau pisau kecil. Asingkan kelongsongnya. Pastikan buah keluak dibasuh terlebih dahulu dan diberus kulitnya sehingga bersih. Untuk mudah dikopek rendam selama 3 – 4 hari sebelum dimasak, tetapi pastikan air rendaman ditukar setiap hari.
  2. Kemudian tumbuk isi buah keluak sehingga halus dan masukkan daging ayam cincang bersama garam dan gula. Gaul rata dan sumbat ke dalam kelongsong buah keluak tadi hingga penuh. Ketepikan dahulu.
  3. Selepas itu, masukkan cili kering bersama airnya, bawang merah, bawang putih, belacan, buah keras, kunyit,serai dan lengkuas ke dalam mesin pengisar. Kisar sehingga halus.
  4. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan ayam, ¾ air asam jawa, air, buah keluak yang telah disumbat daging ayam cincang, garam dan gula. Kacau rata, tutup dan biarkan mendidih sehingga ayam empuk.
  5. Jika kurang masam boleh tambahkan baki air asam jawa tadi, kemudian matikan api. Ayam masak buah keluak sedia untuk dihidang. Selamat mencuba!
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x