Bila tak boleh keluar rumah ni, kadang-kadang rindu masakan negara jiran kan. Bolehla kita cuba pula buat sendiri, resepi ini pun senang sangat.
Terima kasih Zara Latif untuk perkongsian resipi Ayam Pad Kra Pao ini 🙂
Bahan-bahan:
Isi ayam di cincang halus
1 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
5 biji cili api*
Kicap manis
Sos ikan
Sos tiram
Garam
Ajinomoto (optional)
Daun kemangi/basil/kailan
Cara memasak:
- Tumbuk bahan yang bertanda *
- Panaskan minyak, tumis bahan yang di kisar hingga wangi.
- Masukkan isi ayam, sos ikan, sos tiram, kicap manis, garam dan ajinomoto. Reneh sehingga isi ayam masak.
- Bila isi ayam dah masak, akhir sekali sebelum angkat, masukkan daun selasih/basil/kailan. Gaul sekejap hingga daun tu layu.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Zara Latif (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos