fbpx

Ayam Rebus Goreng Tepung

iCookAsia

Bahan-bahannya,

  1. 8 ketul peha ayam
  2. ½ cawan tepung jagung
  3. ½ cawan tepung gandum
  4. 2 biji telur
  5. 2 keping asam
  6. 2 ulas bawang putih
  7. 1 inci halia
  8. 1 sudu kecil serbuk lada sulah
  9. dan garam secukup rasa

Cara membuatnya:

  1. Tumbuk halia hingga hancur diikuti dengan bawang putih.
  2. Panaskan 5 cawan air dan masukkan halia dan bawang putih yang ditumbuk tadi, diikuti dengan asam keping dan peha ayam.
  3. Tutup periuk dan biarkan mendidih.
  4. Sementara itu, masukkan telur ke dalam mangkuk, diikuti dengan garam secukup rasa, serbuk lada sulah, tepung jagung dan tepung gandum. Gaul hingga semua bahan sebati dan adunan pekat.
  5. Apabila ayam separuh masak, masukkan garam, tutup periuk dan biarkan lagi hingga ayam empuk.
  6. Setelah itu, angkat dan toskan airnya.
  7. Masukkan ayam tersebut ke dalam adunan tadi dan gaul rata.
  8. Panaskan minyak, dan goreng peha ayam tersebut. Balik-balikkan hingga garing, angkat dan toskan minyaknya.
  9. Teruskan menggoreng peha ayam yang selebihnya.
  10. Ayam rebus goreng sedia untuk dihidang. Ia enak dimakan begitu sahaja atau boleh juga dicicah sos cili.
TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x