fbpx

Bakso Terlajak Laris, Tak Perlu Tumis. Yang Penting Kena Ada Tiga Bahan Ni.

iCookAsia

Bakso antara hidangan yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi dengan gabungan bebola daging dan sambal pedas merecik. Memang terlajak tambah jawapnya.

Menurut Salwa Wawa C-rain, bahan untuk kuah laksa tidak perlu ditumis, hanya masukkan semua bahan dan reneh. Jadi cukup menjimatkan masa. Malah jelasnya lagi, kuah bakso tidak perlu dimasak sesedap rasa kerana kicap, sos dan sambal akan menyempurnakan hidangan.

 

Kuah Bakso :

Bahan A :

2 ulas Bawang putih

5 labu Bawang besar

2 paket kecil – Lada hitam(biji)

2 cm Halia – sekerat jari

 

Cara :

  1. Tumbuk atau kisar bahan A.

 

Bahan B

1 kg Daging – rebus sehingga empuk

1 paket Bebola bakso

 

Cara :

  1. Masukkan bahan A ke dalam periuk
  2. Masukkan air. Saya letakkan tiga jag pengisar.
  3. Kemudian masukkan bahan B termasuk air rebusan daging.
  4. Perasakan dengan garam.
  5. Untuk bebola daging, rebus sebentar sahaja. Apabila sudah lembut, angkat dan ketepikan. Jangan biar terlalu lama dalam kuah kerana keenakannya akan hilang.
  6. Kuah bakso tidak perlu dimasak sesedap rasa kerana nanti akan dimakan bersama cabai, kicap dan sos cili. Ini yang memainkan peranan utama kepada kelazatan bakso.

Cabai bakso : kisar

10 biji Cabai burung

10 biji Cabai kering

2 biji Cabai merah

3 sudu Cuka makan

Sedikit Garam

5-6 ulas Bawang putih

Sedikit air

Kredit resipi & foto : Salwa Wawa C-rain

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x