fbpx

Banyak Laksa di Rumah? Jom Cuba Laksa Goreng Pula.

iCookAsia

Kalau ada banyak lebihan laksa di rumah, anda boleh cuba resepi Laksa Goreng ini pula. Rasanya seakan laksa biasa, tapi ada twist sedikit yang membuatkannya lagi sedap. Jom cuba, confirm berselera!

Terima kasih Emin Nurqisfan untuk perkongsian resipi Laksa Goreng ini 🙂

Bahan-bahan:

Laksa

1 biji bawang besar (dimayang)

1 sudu cili kering kisar

Daun kesum

Bunga kantan

1 sardin tin kecil 

Cara memasak:

  1. Lenyek sardin kasar dan perasakan dengan garam.
  2. Panaskan api, tumis bawang sehingga layu dan masukkan cili kering, daun kesum dan bunga kantan.
  3. Tumis sehingga pecah minyak. Masukkan sardin dan masak lagi.
  4. Masukkan laksa, gaul sebati. Boleh adjust jika mahu basah atau kering. 
  5. Boleh letakkan timun dan perah limau untuk lebih rasa.

Goreng laksa menggunakan SHEFU 28cm Ceramic Coating Wok untuk hasil yang lebih memuaskan!

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Emin Nurqisfan (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x