Puasa belum lagi habis, tetapi sudah semestinya tempahan kuih raya sudah bermula. Betul tak? Maklumlah, tak mahu kalut pada akhir-akhir Ramadan dengan membuat tempahan. Ramai betul yang tempah kan?
Tetapi, apa kata alang-alang di musim pandemik ini. Anda mencari masa terluang untuk belajar membuat Kuih Semperit? Mudah sahaja sebenarnya. Kalau buat sekarang, nanti hujung Ramadan tak kalut la nak buat macam baru belajar kan? Jom!
Terima kasih Siti Hadirah untuk perkongsian resipi Kuih Semperit ini 🙂
Bahan-bahan:
50g marjerin/planta/butter
½ cawan gula aising
1 biji telur kuning
1 sudu kecil esen vanilla
Pewarna kuning
3 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar susu tepung (optional)
Ceri hijau/merah
Cara membuat:
- Kacau marjerin dan gula icing sehingga kembang menggunakan senduk kayu (jangan kembang sangat, agak-agak sahaja).
- Masukkan telur kuning, esen vanilla dan pewarna kuning. Kacau sehingga sebati.
- Masukkan dulu 2 cawan tepung gandum, tepung kastard dan tepung jagung. Uli sehingga sebati dan tidak melekat di jari. Kalau adunan lembik boleh masukkan tepung gandum yang lebih tadi sedikit demi sedikit. Ikut kelembutan yang kita nak. Kalau keras nanti sakit jari bila tekan.
- Sapu marjerin di loyang. Kemudian tekan adunan samperit tadi dan letak ceri di atas.
- Bakar pada suhu 150, dengan masa 20-25 minit bergantung kepada oven masing-masing.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Siti Hadirah (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/