fbpx

Belajar Masak 4 Resepi Ini Dengan Cepat & Mudah. 1 Jam Je Dah Siap!

iCookAsia

Pada 4 Disember 2021 ini, Seri-Aji® dan iCookAsia akan mengadakan Kelas Memasak Online secara LIVE di platform Zoom. Melalui kelas ini, peserta dapat mempelajari cara memasak empat hidangan dengan menggunakan produk Seri-Aji® dan secara tidak langsung, ianya dapat membantu golongan Suri Rumah menyediakan hidangan masakan rumah yang lazat dengan cepat dan mudah.

Melalui Kelas Memasak Online ini, Seri-Aji® akan berkongsikan dua produk baharu iaitu Tepung Goreng Cucur dan Tepung Goreng Pisang. Dimana, Tepung Goreng Cucur ini lengkap dengan perasa dan rempah yang diperlukan, hasilnya pula memang sedap dan rangup di luar dan lembut di dalam. Dan seterusnya, Tepung Goreng Pisang yang boleh menghasilkan Pisang Goreng dan Cempedak Goreng yang sedap dengan salutan sempurna yang rangup dan aroma vanila yang menyelerakan. Selepas ini, nak buat hidangan cucur atau Pisang Goreng pun terasa lebih mudah!

Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang untuk membawa pulang Limited Edition “door gift” tau. Terhad kepada 100 orang pertama yang sertai Kelas Memasak Online pada Disember ini.

Kelas ini akan menampilkan Chef Azreen yang berpengalaman luas dalam masakan Asia, Kek dan Pastry. Selain demo masakan Nasi Goreng Ikan Masin Ala Pattaya, Ayam Buttermilk, Cucur Kentang dan Cucur Pisang Vanila, beliau juga akan kongsikan pelbagai tips dan ilmu masakan kepada anda.

Best kan? Mana nak dapat peluang begini. Jadi, apa tunggu lagi? 😋

Daftar sekarang, kerana pendaftaran akan ditutup pada 2 hari sebelum kelas diadakan.

Klik sini – https://bit.ly/ClassSeriAji1 

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x