fbpx

Majlis Pelancaran Filem Pendek Raya SAJI: Minyak Maaf

iCookAsia

Shah Alam, 18 Mac 2024 – Bersempena bulan Ramadan yang mulia, SAJI dengan bangga melancarkan satu filem pendek Raya iaitu Minyak Maaf. Majlis tersebut berlangsung di Wisma Karangkraf, Shah Alam sekitar jam 6.30 pm hingga 8.00 pm.

Tan Sri Rastam Mohd Isa, Pengerusi FGV Holdings Berhad, merasmikan pelancaran filem pendek tersebut dengan kemeriahan dan penghargaan terhadap majlis tersebut.

Gimik pelancaran filem tersebut pun bukan main lagi seronoknya! Tayangan eksklusif Filem Pendek Raya SAJI: Minyak Maaf yang penuh dengan aksi dan gelak ketawa. Pihak SAJI yakin filem raya kali ini juga akan mendapat sambutan yang meriah seperti filem-filem pendek raya sebelumnya.

Seterusnya bagi mendapat keberkatan pada bulan Ramadan, majlis diteruskan dengan sumbangan duit raya kepada 10 orang yang memerlukan.

Di akhir program, semua hadirin yang datang dijemput untuk ber’iftar’ Ala Madinah di perkarangan Wisma Karangkraf.

Jangan lupa tonton Filem Pendek Raya SAJI iaitu Minyak Maaf di semua sosial media SAJI Malaysia!

 

Untuk pengiklanan produk makanan anda, sila hubungi:

Nama: Aqilah Sanadi

Telefon: 010-4418825

Emel: [email protected]

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x