fbpx

Jom Masak Nasi Goreng Moringa ! Masakan Enak dan Kaya dengan Khasiat Moringa

iCookAsia

Siapa suka makan Nasi Goreng, teringin nak cuba resepi yang lain dari yang lain? Jom kita cuba buat Nasi Goreng Moringa pulak. Resepi ni bukan sahaja mudah nak buat, tapi sihat dan mengenyangkan. Boleh buat makan pagi atau malam bersama sup atau sumber protein lain. Tapi kalau nak makan kosong pun tak pe sebab daun moringa ni khasiat protein die lagi tinggi dari protein tau!

Hebat kan? Jadi jom kita masak Nasi Goreng ini.

Bahan-bahan:

Minyak
Jintan Putih
Biji Sawi
Bawang Putih
Bawang Merah
Daun Pudina, Ketumbar, dan Daun Moringa
Serbuk Kunyit
Garam
Nasi Sejuk yang Telah Masak

 

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan jintan putih serta biji sawi sehingga berkecai.
  2. Tambahkan bawang putih dan bawang merah, masak sehingga harum.
  3. Kacau masuk serbuk kunyit dan pes bersama.
  4. Campurkan nasi sejuk, pastikan nasi dilapis rata dengan pes.
  5. Tambah garam secukup rasa.
  6. Hidangkan dan nikmati!
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x