Kaya Ball ni biasa nya kita dapatkan di kedai dalam pasaraya kan? Haa.. seorang pengguna Facebook ini kongsikan resipi Kaya Ball dengan menggunakan acuan untuk membuat takoyaki je. Tambahan pula, beli di Shopee sahaja. Tak perlu runsing nak pikir susah nak dapatkan acuan nya pula. Shopee kan ada!
Terima kasih dapur_kakzura untuk perkongsian resipi Kaya Ball ini 🙂
Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
1 sudu baking powder
Secubit garam
2 sudu gula kastor
1 cawan susu kotak full Cream (perlu kurangkan 2 sudu besar)
1 biji telur gred A (dikacau-kacau dulu)
2 sudu butter (dicairkan)
1 sudu kecil esen vanilla
Inti kaya (masuk dalam piping bag)
Cara membuat:
- Satukan semua bahan-bahan diatas.
- Gaul-gaul rata dan sebatikan. Kalau masih berketul-ketul, kisarkan tapi sekejap je.
- Tuang adunan tu dalam botol muncung satu.
- Biarkan seketika dalam 10 minit.
- Panaskan non-stick pan kecil dengan api yang perlahan. Sapu sedikit minyak.
- Tuang sedikit adunan dan masuk inti kaya. Tutup semula adunan atas dia.
- Tutup dengan penutup periuk.
- Biarkan hingga naik gebu dan keperangan. Terbalikkan dan biarkan hingga masak.
P/s: sukat dengan cawan dan sudu metrik.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: dapur_kakzura (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/