fbpx

Bingka Kelapa Muda. Super Lembut Dan Sangat Sedap. Kalau Bakar Pakai Sabut Lagi Power.

iCookAsia

Jarang sungguh Bingka Kelapa Muda ini bersiaran di laman resipi kan, namun kuih ini cukup enak dan lembut. Kalau tak ada gigi pun tak ada masalah nak makan.

Menurut Muhamad Fadzul Ilahi Azhar, untuk membuat bingka ini, gunakan kelapa muda yang isinya seperti jeli. Selepas dibakar, boleh terus dicodek atau dimakan begitu sahaja kerana teksturnya yang lembut. Mengikut resipi yang betul, bingka harus dibakar menggunakan sabut atau arang tempurung. Namun boleh juga dibakar dengan ketuhar.

 

Bahan :

5 cawan Air kelapa muda – lebih kurang dua biji kelapa

1 1/2 cawan Tepung beras

1/2 cawan Tepung gandum

1 cawan Gula

2 cawan Isi kelapa muda

1/2 sk Garam

2 biji Telur

 

Cara:

  1. Campurkan air kelapa, telur, tepung beras, tepung gandum, gula dan garam. Kacau sampai sebati.
  2. Kemudian tapis dan tuang ke dalam periuk. Gunakan api sederhana, masak bancuhan sampai berwap, bukan menggelegak. Adunan kena selalu dikacau.
  3. Lengser loyang dengan marjerin dan tuang bancuhan tadi. Kemudian tabur isi kelapa.
  4. Bakar pada suhu 200c selama 90 minit menggunakan api atas bawah. Loyang tidak perlu ditutup dengan foil.
  5. Selepas siap dibakar, tunggu sejuk dan baru dipotong.

Kredit resipi & foto : Muhamad Fadzul Ilahi Azhar

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x