Makanan yang berunsurkan Coklat ini memang paling disukai ramai. Kalau dapat dimakan, satu biji tidak pernah cukup. Seperti Kuih Raya Biskut Koko, setuju? Bukan sahaja kanak-kanak yang berebut makan, tetapi dalam kalangan remaja dan dewasa juga turut berebut makan. Kalau kena dengan tekak, lagi bertambah sedap.
Haa, nak cari yang betul-betul sedap mungkin susah dan kalau ada pun, pasti harganya mahal. Daripada pening fikir, lebih baik anda buat sendiri di rumah. Boleh adjust ikut tekak masing-masing. Jom buat untuk Hari Raya nanti?
Terima kasih Siti Hadirah untuk perkongsian resipi Biskut Koko Rangup ini 🙂
Bahan-bahan:
Tepung gandum 2 1/2 cawan
Tepung jagung 1/2 cawan
Butter 1 ketul (boleh juga gunakan marjerin)
Gula aising 1 cawan
Kuning telur 1 biji
Esen vanilla
Serbuk koko 1/2 cawan
Cara membuat:
- Putar kuning telur, gula aising, butter, esen vanilla hingga sebati.
- Selepas itu, masukkan tepung jagung, serbuk koko dan putar lagi.
- Akhir sekali, baru masukkan tepung gandum tapi masukkan sedikit demi sedikit sampai doh tidak melekat pada jari apabila dipegang. Agak-agak, jangan lembik atau keras sangat. Apabila sudah sebati semua, boleh guna kreativiti masing-masing untuk buat bentuk.
- Kemudian, bakar pada suhu 180 celsius selama 20 minit. Ikut oven masing-masing ya.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Siti Hadirah (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/