fbpx

Biskut Marie Sebagai Bahan Rahsia, Ini Resipi Mee Rojak Yang Korang Wajib Cuba.

iCookAsia

Terdapat pelbagai bahan rahsia yang menjadi penyedap masakan kan? Dan resipi perkongsian Saleha Maarof ini menggunakan biskut marie sebagai bahan utama yang menyempurnakan hidangan kuah kacang supaya lebih pekat dan enak.

Untuk resipi ini tiada sukatan tetap untuk memasak, jadi gunakan kesesuaian kuantiti ya.

 

Bahan kuah kacang :

1/2 kg Kacang tanah – sangai dan kisar

Bawang merah

Bawang putih

Udang kering

Cili kering

10 keping Biskut Marie – kisar dan dibancuh

Asam jawa

 

Cara :

  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan udang kering. Kemudian tumis bersama cili kering.
  2. Selepas naik bau, masukkan pula air asam jawa dan biarkan mendidih.
  3. Kemudian masukkan kacang yang telah dikisar dan perasakan dengan garam dan gula.
  4. Akhir sekali masukkan biskut Marie yang telah dibancuh tadi. Sentiasa kacau supaya biskut tidak berketul.

Bahan rojak / cucur :

Udang kertas

2 bekas Tepung gandum

3 sb Tepung goreng pisang adabi

Daun kucai / Taugeh

Yis (ambil setengah yis dan bancuh dengan air )

* Resipi ini menggunakan sukatan bekas taufufa.

 

Cara :

  1. Campurkan tepung gandum bersama tepung goreng pisang adabi.
  2. Kemudian masukkan yis yang dibancuh bersama gula dan garam.
  3. Masukkan udang kertas dan daun kucai atau taugeh.
  4. Bancuh semua bahan dan adunan tidak boleh terlalu cair atau pekat.
  5. Goreng garing.

Bahan lain :

Mee kuning

Timun – hiris

Taugeh

Sengkuang – hiris

Tauhu goreng – hiris nipis

Telur rebus

Salad

 

Cara :

  1. Campurkan semua bahan dan hidangkan.

Kredit resipi & foto : Saleha Maarof

 

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

 

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x