fbpx

Biskut Peanut Butter Untuk Kudapan Semasa Bekerja Dari Rumah.

iCookAsia

Sambil bekerja tu, mesti ada rasa nak mengunyah. Kalau tak nanti kejap-kejap menguap je. Jom cuba buat sendiri biskut ni, jimat juga kalau buat sendiri ni.

Terima kasih Jamilah Nordin untuk perkongsian resipi Biskut Peanut Butter ini 🙂

 

Bahan-bahan:

125 g butter

1/2 cawan gula kastor

1/2 cawan gula perang

1/2 st esen vanila

1 biji telur B

1/2 cawan mentega kacang

2 cawan tepung gandum (kurangkan@lebihkan ikut keperluan)

1 st soda bikarbonat

1/2 st garam halus

Cara membuat:

  1. Pukul butter, gula kastor, gula perang dan telur.
  2. Masukkan vanila, garam dan mentega kacang. Kacau rata.
  3. Sudah rata, masukkan tepung gandum dan soda bikarbonat.
  4. Boleh la di canai dan dibentuk mengikut kreativiti masing-masing.
  5. Bakar pada suhu 160 selama 20 minit.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Jamilah Nordin (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x