fbpx

Biskut Sarang Semut

iCookAsia

 

Bahan-bahan:

Gula halus (200 gram)
Mentega (200 gram)
Tepung kastad (350 gram)
Tepung gandum (50 gram)
Kuning telur (1 biji)
Chocolate Coloured rice untuk hiasan

 

Cara membuatnya:

  1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang.
  2. Masukkan kuning telur, dan gaul hingga rata.
  3. Kemudian masukkan tepung kastad sedikit demi sedikit, serta tepung gandum.
  4. Uli menjadi doh bulat, dan simpan di dalam peti sejuk untuk mengeraskan doh.
  5. Apabila doh telah keras, parut doh ke dalam bekas, dan tabur chocolate coloured rice sebagai hiasan.
  6. Bakar dengan suhu 150°C selama 10 minit, sehingga masak.
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x