Setiap rumah yang dikunjungi mesti wajib ada biskut sarang semut kan? Sejak kecil sampailah sekarang, rupanya tetap sama dan paling legend antara semua biskut raya yang ada. Nak buat juga mudah, cuma kena rajin parut doh. Yang pasti itu tugas anak-anak…hehe
“Anak dara kecik ni sibuk suruh buat biskut sarang semut. Si ibu ni dlm kepala nak buat dahlia cheese. Sebab Dia rajin nak tolong maka ibunya tunaikan permintaannya..
Ini resepi nya 👇. Gambar dan video adalah 1 1/2 adunan dari resepi ini.”
Bahan A :
250 gm Marjerin (sebarang buttercup, daisy atau planta)
1 cwn gula ising
1 bj kuning telur
Esen vanilla
Bahan B :
1 cwn tepung gandum
1 cwn tepung kastard
2 cwn tepung jagung
1 sudu besar susu tepung
(Guna sukatan cawan metric refer gambar)
Untuk hiasan :
Gula pasir campurkan dengan serbuk pewarna @ hias dengan coklat rice.
Cara :
1. Sebatikan bahan A dengan senduk kayu.
2. Kemudian masukkan bahan B sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh. Bulatkan doh kecil-kecil.
3. Sagat doh seperti dalam gambar.
https://www.facebook.com/zulena.ismail/videos/pcb.2465684203754881/10212398904064600/?type=3&theater&ifg=1
4. Selepas itu, sudukan dan isi dalam cawan kertas saiz kecil hingga membukit sedikit.
5. Tabur hiasan dan bakar pada suhu 160C selama 20 minit.
6. Sejukkan pada suhu bilik sebelum masukkan ke dalam bekas kedap udara.
Sumber : Zulena Ismail