fbpx

Blueberry Cheese Tart Terlajak Senang.

iCookAsia

Peminat pastri mesti sukakan cheese tart kan? Tak perlu ke kelas untuk belajar, cukup lihat langkah demi langkah yang dikongsikan di sini, memang senang sangat. Untuk yang baru belajar pun, mesti boleh buat. Apa yang penting, keinginan dan usaha.

Sedikit tips rahsia, jika tidak sukakan adunan cheese yang agak masak selepas diperah lemon, tukarkan dengan limau sunkist untuk rasa masam manis. Serius memang sedap.
Dan untuk crust yang tahan lama, tambahkan satu sudu air sejuk dalam adunan shell tart agar ianya kekal ranggup.

Bahan :
Bahan untuk shell (kulit tart):
500 gm tepung gandum
250 gm mentega
100 gm gula ising
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanila

Cara :
1. Pukul mentega dan gula hingga sebati.
2. Masukkan telur dan esen vanila.
3. Diikuti dengan tepung gandum. Masukkan sedikit demi sedikit. Sebatikan adunan.
4. Bentukkan adunan menggunakan acuan tart.
5. Sedia dibakar pada suhu 175c selama 20 minit.

Bahan inti keju:
250 gm krim keju
50 gm gula ising
1 biji telur
Esen vanilla
1 sb jus lemon

Cara :
1. Putarkan krim keju dan gula ising sehingga sebati.
2. Masukan telur dan esen vanilla. Adun rata.

Cara membuat cheese tart:
1. Susunkan kulit tart dan letakkan filling yang disukai di tengah. (blueberry/coklat/strawberi dan lain-lain).
2. Masukkan krim cheese ke dalam piping bag dan gunting hujung sama besar dengan lubang tart.
3. Picitkan cream cheese secara menegak dan menggunung. Nak lagi buncit picit lagi tinggi.
4. Bakar selama 10 minit dengan kepanasan bawah 160c.

Siap untuk di hidang!

 

Nak beli barang dapur? Jom shopping di https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x