fbpx

Boleh Buat Cara Ini Untuk Dapatkan Ayam Goreng Berempah Kelapa Yang Sedap

iCookAsia

Kalau ada Ayam Goreng Berempah, memang lengkap dan sangat sesuai untuk disajikan dengan nasi panas atau nasi lemak. Bukan itu sahaja, hidangan ini boleh buat orang bertambah makan. Nak ratah macam itu sahaja pun boleh juga.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Azahari Abdullah perkongsian resipi Ayam Goreng Berempah Kelapa ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A:

1 sudu jintan manis

1 sudu jintan putih

1 sudu biji ketumbar

(dikisar kering)

Bahan B:

1 1/2 inci halia

1 inci lengkuas

4 batang serai

4 ulas bawang putih

(dikisar kering atau ditumbuk)

Cara membuat:

  1. Satukan bahan A dan bahan B.
  2. Potong 1 ekor ayam kepada 8 atau mengikut masing-masing.
  3. Kemudian, masukkan bahan campuran mesin tadi dan garam secukup rasa.
  4. Masukkan 1/2 sudu serbuk kunyit.
  5. Seterusnya, masukkan 4 sudu paprika atau serbuk cili.
  6. Masukkan 2 sudu rempah kari daging atau ayam.
  7. Masukkan anggaran 50gm atau 10 sudu kelapa parut putih.
  8. Akhir sekali, gaul semua bagi rata, sebatikan dan perapkan selama 1 jam atau 2 jam sebelum digoreng.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Azahari Abdullah(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x