fbpx

Boleh Cuba 5 Resepi Masakan Ubi Ini, Dapat Menggamit Memori Makanan Zaman Jepun

iCookAsia

Seperti mana rakyat Malaysia sudah tahu, bulan Ogos adalah bulan kemerdekaan. Bukan itu sahaja, sebelum mencapai kemerdekaan, mereka terpaksa melalui zaman jepun di mana salah satu makanan popular waktu itu adalah ubi.

Walaupun ubi kayu tidak lagi menjadi makanan utama, akan tetapi terdapat pelbagai menu yang telah dihasilkan. Memang sangat sedap dan yang paling penting, confirm dapat membuka selera kita semua. Jom Admin share.

1.Ubi Kayu Tumis Cili

Bahan-Bahan:

Bahan (Anggaran 1 batang ubi saiz sederhana):

Ubi kayu (Perlu direbus dahulu sehingga empuk dan potong bentuk kiub)

1 biji bawang besar

5 ulas bawang putih

Segenggam ikan bilis (Segenggam)

6-8 biji cili api (ikut selera masing-masing)

 1 batang serai (dititik)

1/2 kiub pati ayam (optional)

1 biji limau kasturi (optional)

Boleh ganti cili api dengan black pepper (optional)

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, kisar kasar bawang besar, bawang putih, ikan bilis dan cili api.
  2. Tumis bahan kisar dan serai sehingga naik bau.
  3. Kemudian, tambahkan air sedikit, kiub pati ayam, garam dan gula (secukup rasa).
  4. Seterusnya, masukkan ubi kayu.
  5. Perahkan limau kasturi di akhir masakan.

Kredit resipi:Farahin Rosman(Facebook)

2.Bingka Ubi Kayu

Bahan-bahan:

Bahan A (Untuk Pati Ubi):

1.7 kg ubi kayu

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, buang kulit dan potong.
  2. Seterusnya, kisar dan tapis air dan ambil pati ubi sahaja. Sukat sebanyak 4 cawan pati ubi.

Bahan B:

4 cawan pati ubi

1 1/2 cawan santan pekat

1 cawan gula

1/2 sudu besar garam

2 biji telur

Sedikit pewarna kuning

2 sudu besar minyak

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, kisar dahulu santan, telur , garam dan gula. Gaul bersama pati ubi kayu dan titiskan pewarna gaul rata.
  2. Panaskan oven 200°c selama 10 minit.
  3. Seterusnya, ambil loyang bersaiz 6Ă—6 inci dan sapukan minyak serta masukkan adunan. Diatas adunan tadi, taburl sedikit marjerin atau butter.
  4. Bakar dalam 1 jam dengan menggunakan api atas bawah dan suhu 180°c.
  5. Kemudian, sejukkan terlebih dahulu dan baru potong menggunakan pisau plastik.

Anda juga boleh menggunakan loyang saiz 8 inci cuma kuih akan menjadi sedikit rendah

Kredit resipi: Mas Salleh(Facebook)

3.Belebat Ubi Sagu

Bahan-bahan:

1 1/2 kg ubi kayu (Diparut halus dan diperah airnya)

200g gula merah

16 sudu makan gula

750ml santan

100gm kelapa putih yang dicampur dengan sedikit garam

3 sudu makan sagu mata ikan (Dicuci bersih)

Daun pisang secukupnya (Dilayur)

Pastikan ubi kayu diparut halus untuk mendapatkan tekstur kuih yang cantik

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, masak gula merah dan gula pasir sehingga larut. Tapiskan.
  2. Masukkan air gula ke dalam bekas berisi parutan ubi. Campurkan santan dan sagu. Gaul sebati.
  3. Kemudian, sudukan sedikit adunan ubi kayu ke atas daun pisang.
  4. Kemudian, letakkan inti kelapa diikuti sedikit lagi adunan ubi kayu.
  5. Bungkus dengan kemas dan ulang langkah sehingga adunan habis.
  6. Akhir sekali, panaskan periuk kukusan dan kukus kuih selama 30 minit atau sehingga masak.

Kredit resipi: Fathima Zehra El-Annes(Facebook)

4.Pengat Ubi Keledek Bersama Jagung

Bahan-bahan:

Ubi keledek (Dipotong kiub)

Jagung

Santan

Nisan atau gula melaka

Secubit garam

Daun pandan (Disimpul)

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, masak santan dan letakkan nisan atau gula melaka.
  2. Kemudian, masukkan daun pandan. Kacau sehingga larut nisan dan letak ubi keledek serta jagung.
  3. Pastikan untuk sentiasa kacau, nanti naik kepala santan.
  4. Akhir sekali, letak secubit garam dan kacau sehingga masak. Sedia untuk dihidang.

Kredit resipi: Nor Khomariah Norrohman(Facebook)

5.Lepat Ubi Kayu

Bahan-bahan:

1 kg ubi kayu

Setengah cawan gula pasir

2 cawan santan pekat

*Santan perlu dibancuh dengan gula merah. Kemudian tapis

*Kemanisan terpulang pada masing-masing. Kalau kurang manis boleh tambah gula

Daun pisang untuk membungkus

Inti kelapa parut dan garam

Cara penyediaan:

  1. Pertama sekali, parut  atau blend ubi kayu.
  2. Kemudian, perah dan biarkan ia mendap.
  3. Seterusnya, air jernih dibuang dan patinya diambil
  4. Satukan ubi kayu, pati ubi, gula pasir, gula merah dan santan
  5. Sebatikan dan gaul rata.
  6. Sediakan daun pisang dan ambil 2 sudu adunan lepat ubi. Ratakan.
  7. Letak inti dan pastikan untuk bungkus dengan kemas.
  8. Kukus selama 20 minit dengan api sederhana.
  9. Sejukkan dan boleh dimakan.

Kredit resipi: Nur Ayuni Syazira(Facebook)

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! đŸ˜‰

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x