Bagi peminat sayur, anda wajib cuba hidangan Kangkung Goreng Belacan ini. Sangat mudah dengan menggunakan bahan yang mudah untuk didapati. Bukan itu sahaja, kalau nak guna kalian atau pucuk paku pun boleh. Yang penting sedap.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Azlizah Izzah perkongsian resipi Kangkung Goreng Belacan ini 🙂
Bahan-bahan:
Bahan A (Kisar):
Bawang merah
Bawang putih
Belacan
Cili hidup merah
Bahan B:
Sos tiram (optional)
Serbuk perasa
Garam
Udang/sotong (optional)
Kangkung atau kalian atau pucuk paku
Minyak masak
Cara membuat:
- Mula-mula, pastikan semua bahan A di blend kasar atau tumbuk.
- Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisar atau tumbuk hingga garing. Jangan terlalu garing.
- Kemudian, masukkan udang atau sotong dan kacau-kacau hingga masak.
- Masukkan sos tiram sikit. Kalau tak guna sos tiram, masukkan garam atau serbuk perasa. Agak-agak sahaja.
- Masukkan kangkung atau kalian atau pucuk paku. Nak guna sayur apa pun boleh.
- Akhir sekali, gaul-gaul sampai masak. Apabila sudah masak boleh hidang.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Azlizah Izzah(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity