Sedap nya kalau ada Sambal Lada Goreng, boleh makan dengan Mee Sup atau apa sahaja jenis sup. Bertambah selera makan. Kalau betul-betul masak, boleh tahan lama tau sambal ni. Lagi senang kalau setiap kali teringin nak makan.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Rozmaliza Omar perkongsian resipi Sambal Lada Goreng ini 🙂
Bahan-bahan:
Bahan A (Kisar atau Tumbuk):
7- 8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 1/2 genggam lada kering (yang halus)
1 inci belacan bakar
Bahan B:
5 sudu besar gula perang
1 sudu besar pes asam jawa adabi
1/2 sudu kecil serbuk perasa
Garam
Cara membuat:
- Mula-mula, kisar atau tumbuk bahan-bahan A dengan sedikit air.
- Panaskan minyak dan tuangkan bahan-bahan kisar atau tumbuk tadi.
- Tumis hingga pecah minyak dan nampak sedikit garing.
- Masukkan gula perang dan masak hingga merah gelap. Kemudian baru masukkan pes asam jawa, serbuk perasa dan garam.
- Masak hingga sambal lada betul-betul kering dan cantik kemerahan.
Paling sedap makan dengan ikan rebus goreng dan telur mata. Kalau nak jadikan sebagai penambah rasa dalam mee sup pun sedap.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Rozmaliza Omar(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity