fbpx

Boleh Cuba Masak Sotong Bakar Ala Thai Ini, Memang Mudah Dan Sedap Rasanya

iCookAsia

Makan Sotong Bakar bersama Sos Thai memang nikmat dan padu rasanya. resepi yang ditunjukkan ini pun sangat simple, mudah dan sedap tau. Boleh la beli sotong banyak-banyak dan makan puas-puas. Cuba sekali, mesti nak lagi.

Jom kita try.

Terima kasih untuk perkongsian Ann Jelani resipi Sotong Bakar Ala Thai ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A:

Sotong (Dicuci dan dikelar)

Garam

Gula

Cara membuat:

  1. Mula-mula, gaulkan sotong tersebut dengan sedikit garam dan gula.
  2. Kemudian, bakar sekejap. Nak bakar dalam kuali ajaib pun boleh.

Bahan B (Untuk Sos):

4 ulas bawang putih (Potong dadu)

6 cili padi (Potong)

1 pokok daun ketumbar (Potong)

Sos cili thai (Ikut nak guna banyak mana)

1 sudu besar sos cili

Gula (Untuk bagi sedikit manis)

2 sudu air perahan limau nipis (Lagi sedap berbanding limau kasturi)

Sedikit garam

Cara membuat:

  1. Mula-mula, gaulkan kesemua bahan dalam satu mangkuk.
  2. Kemudian, gaulkan sebati.
  3. Akhir sekali, tuangkan atas sotong bakar yang sudah disusun dalam pinggan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Ann Jelani(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shopee.com.my/icookasia.shop

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x