fbpx

Boleh Cuba Pencuci Mulut Ini, Resepi Sagu Gula Melaka. Memang Sedap Rasanya

iCookAsia

Siapa di sini peminat Sagu Gula Melaka? Kebiasaanya kita akan dapatkan kuih ini di pasar dan dijadikan sebagai pencuci mulut. Sagu gula melaka ini sebenarnya mudah untuk di buat dan bahan bahan nya tidak susah untuk didapatkan. Nak buat untuk jualan pun boleh. Sudah banyak resepi ini ditunjukkan seperti Che Nom dan Khairul Aming.

Boleh tengok video di bawah untuk tengok dengan lebih lanjut di YouTube iCookAsia.

Bahan- bahan:

Bahan A:

2 cawan sagu (Dibersihkan)

5 cawan air

Bahan B:

3 cawan santan

1/2 cawan gula pasir

1/2 sudu kecil garam

1 helai daun pandan

Bahan C:

1 keping gula Melaka atau 1 cawan gula merah

1 cawan air

1 helai daun pandan

Cara membuat:

  1. Mula-mula, untuk cara-cara adunan A, panaskan air hingga mendidih. Bersihkan biji sagu dan masukkan ke dalam air mendidih.
  2. Kemudian, masak hingga sagu menjadi jernih. Angkat dan cuci dengan air sejuk sehingga hilang kanjinya.
  3. Masukkan ke dalam acuan-acuan kecil dan sejukkan.
  4. Seterusnya, untuk cara-cara adunan B, panaskan santan, garam, daun pandan dan gula hingga mendidih.
  5. Buang daun pandan dan sejukkan.
  6. Untuk cara-cara adunan C pula, masakkan gula Melaka, daun pandan dan air hingga gula hancur.
  7. Buang daun pandan, tapiskan dan biarkan ia sejuk.
  8. Selepas itu, untuk cara menghidang, keluarkan sagu dari acuan-acuan kecil dan letak dalam mangkuk atau pinggan menghidang.
  9. Akhir sekali, curahkan adunan B, diikuti oleh Adunan C.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: iCookAsia(YouTube)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x