fbpx

Boleh Cuba Resepi Ayam Madu Bakar, Mudah Dan Sedap Hingga Menjilat Jari

iCookAsia

Best kan kalau dapat makan Ayam Madu Bakar kan? Kebiasaannya anda akan jumpa di pasar malam tapi kali ini, boleh buat sendiri sahaja tau. Mudah dan memang sangat sedap.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Nieza Rahim perkongsian resipi Ayam Bakar Madu ini 🙂

Bahan-bahan:

20 ketul ayam (saiz sederhana)

2 sudu besar Serbuk Cili Baba’s

5 sudu besar gula (Kalau tak nak manis boleh kurangkan sukatan, ikut selera masing-masing)

2 sudu kecil garam

1 sudu besar Maggi cukup rasa

1 sudu kecil Serbuk Blackpepper

2 sudu besar Madu (Guna sudu plastik)

Sedikit Ajinomoto (optional)

Cara membuat:

  1. Mula-mula, masukkan semua bahan-bahan di atas ke dalam bekas atau tupperware bertutup kecuali ayam.
  2. Gaul semua bahan bagi sebati.
  3. Masukkan ayam yang telah di basuh bersih ke dalam bekas atau tupperware, gaul-gaul dan perap selama 4 jam. Boleh masukkan ke dalam peti ais juga untuk perapan.
  4. Akhir sekali, keluarkan ayam dan bakar dalam pemanggang ajaib sehingga masak sekata guna api yang perlahan.

Tips: Pastikan untuk selalu pusingkan ayam madu tersebut untuk tidak cepat hangit.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nieza Rahim(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x