fbpx

Boleh Cuba Resepi Ayam Ungkep, Bertambah Sedap Bila Dimakan Dengan Nasi Panas

iCookAsia

Pernah dengar resepi Ayam Ungkep? Hidangan ini sangat ringkas tapi penuh dengan kelazatan. Bagi yang suka kan makanan pedas, boleh tambah cili padi banyak-banyak. mesti tak sabar nak rasa hidangan ini kan.

Jom kita try.

Terima kasih untuk Yan Azie perkongsian resipi Aya Ungkep ini 🙂

Bahan-bahan:

Bahan A (Dikisar):

Bawang merah

Halia

Kunyit

Cili padi

Bawang putih

Serbuk jintan putih

Serbuk jintan manis

Serbuk ketumbar

Bahan B:

Ayam

Serai

Minyak

Asam keping

Minyak

Garam

Aji

Gula

Daun limau purut

Cara membuat:

  1. Mula-mula, panaskan minyak.
  2. Tumis bahan yang sudah dikisar tadi dan masukkan serai yang sudah dititik.
  3. Apabila pes rempah sudah pecah minyak, masukkan ayam yang sudah dicuci bersih.
  4. Kemudian, kacau ayam sampai sebati. Bagi yang suka berkuah boleh tambah air sikit.
  5. Masukkan garam, aji jika suka dan sedikit gula.
  6. Akhir sekali, jika sudah empuk, boleh dihidangkan.

Bahan rempah nak guna serbuk pun boleh. Kalau ada yang biji, lagi bagus.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Yan Azie(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x