Pernah dengar mengenai menu Mee Kuah? Hari ini Admin nak kongsikan resepi dari seorang pengguna Facebook iaitu Mee Kuah Kelate orang panggil. Memang sedap tau dan confirm makan sikit tak cukup ni. Hirup kuah macam tu pun dah sedap.
Orang Kelantan panggil “Sedak Molek”. Jom kita try.
Terima kasih Fazirawati Che Isa untuk perkongsian resipi Mee Kuah Kelantan ini 🙂
Bahan-bahan:
1 labu bawang putih
1 sudu besar lada hitam
Ayam atau udang atau sotong atau daging (optional)
Sawi , tomato, lada merah
Mee kuning atau bihun atau kuey teow (optional)
Gula
Garam
Perasa (optional)
Cara penyediaan:
- Pertama sekali, tumis bawang putih dan lada hitam yang ditumbuk sehingga naik bau.
- Masukkan lauk pilihan dan kacau sekejap.
- Masukkan air untuk dijadikan kuah. Boleh letak air banyak mana bergantung pada jumlah mee.
- Apabila sudah menggelegak, perasakan dengan gula dan garam. Kalau nak masukkan bahan perasa pun boleh.
- Masukkan mee kuning. Boleh basuh mee dan sejat.
- Masukkan terus sayur pilihan. Biarkan mee dan sayur lembut dan menggelegak dahulu.
- Akhir sekali, boleh taburkan bawang goreng dan daun sup. Boleh dihidangkan.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Fazirawati Che Isa(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shopee.com.my/icookasia.shop
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity