fbpx

Boleh Cuba Resepi Sambal Belacan Peniaga Ini. Simple Tapi Digemari Ramai!

iCookAsia

Mesti ramai yang suka makan sambal belacan kan? Memang satu kombinasi yang sangat mantap dengan nasi yang panas bersama telur goreng atau ikan goreng. Confirm bertambah nasi. Dengan sambal yang cukup rasa, perfect untuk peminat sambal di luar sana.

Apa kata anda cuba resepi jualan peniaga ini. Jom kita try.

Terima kasih untuk Yayar B. Awang Noh perkongsian resipi Sambal Belacan ini 🙂

Bahan-bahan:

1 genggam cili api merah

1 genggam cili api hijau

1 genggam cili besar merah

1 labu bawang besar saiz sederhana

2 ulas bawang putih

Belacan sebesar ibu jari

3 sudu besar gula

2 sudu besar garam

satu sudu kecil aji

4 sudu makan cuka makan

Cara Membuat:

  1. Pertama sekali, kalau nak sedap, pastikan bawang putih, bawang besar dan belacan dibakar terlebih dahulu.
  2. Kemudian, campurkan kesemua bahan dan kisarkan kesemua sekali.
  3. Siap.

Tips tambahan:

  1. Kalau buat untuk kegunaan sehari boleh kisar bersama air.
  2. Kalau untuk kegunaan dan untuk simpan lama, kisar menggunakan cuka makan sahaja. tapis dan ambil cuka yang sama kisar yang seterusnya.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Yayar B. Awang Noh(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shopee.com.my/icookasia.shop

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x