Tak sah kan kalau pergi restoran Thailand tapi tak order Tomyam? Nak pergi musim sekarang pun, masih ada yang takut kalau ramai orang kan. Jangan risau, anda boleh cuba resepi Tomyam ini, lengkap dengan rasa yang sangat menarik dan sedap. Simple tapi padu.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Asmida Nor perkongsian resipi Tomyam Simple ini 🙂
Bahan-bahan:
Bahan A (Untuk Kisar):
Tomato
Pes tomyam
Lada (Mengikut kepedasan yang diinginkan)
Bahan B:
Carrot
Bunga kobis
Batang saderi
Cendawan
Bawang besar
Halia
Daun limau purut
Udang
Cara membuat:
- Mula-mula, masukkan kesemua bahan A ke dalam pengisar dan letakkan sedikit sahaja air. Nanti pes akan jadi cair. Kisarkan.
- Rebus dulu ayam sampai mendidih. Apabila mendidih masukkan pes yang dikisar tadi.
- Masukkan pula bawang besar, daun limau purut dan halia.
- Selepas itu, masukkan sayur-sayur yang anda suka.
- Kemudian, masukkan cendawan dan biarkan ia mendidih sekejap.
- Masukkan udang atau sotong.
- Perahkan air limau nipis, guna sebiji sahaja, tidak besar dan tidak kecil, sedang-sedang sahaja supaya ada rasa masam-masam.
- Akhir sekali, perasakan dengan gula dan garam secukupnya. Biarkan mendidih.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Asmida Nor (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shopee.com.my/icookasia.shop
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity