Sekarang ni memang banyak kan lauk pauk yang berasaskan kentang. Memang diakui sedap, tambah lagi kalau makan dengan nasi panas. Nak makan macam tu saja pun dah sedap. Apatah lagi, kalau ada perisa dan pedas. Memang full package orang kata. Jom Admin share satu tips untuk memastikan kentang lagi crunchy. Lagi crunchy, lagi mantap.
Terima kasih Zette Ariffin untuk perkongsian tips Untuk Kentang Lebih Crunchy ini 🙂
Cara-cara:
- Langkah pertama, sediakan bekas sederhana untuk mengisi air dan garam . Boleh gunakan air Coway dan taburkan garam bukit (Boleh agak-agak anggaran garam dan air, ikut berapa banyak kentang yang digunakan)
- Lepas bersihkan kentang, kupas kulit kentang dengan peeler, lebih pantas. Kentang yang dah dikupas lalukan bawah pili air di sinki.
- Seterusnya, hiris nipis kentang ikut suka korang nak bentuk bulat atau lonjong. Selepas rendam semua sekali , tabur bahagian atas kentang secara merata. Selepas itu, kacau perlahan. Biarkan air garam serap dalam kentang dan rendamkan dalam tempoh 30 minit sahaja.
- Tiriskan air rendaman. Biarkan air pada kentang tadi tersejat dalam 10 minit. Kalau basah nanti akan meletop waktu menggoreng nanti.
- Panaskan kuali berisi minyak. Apabila dah panas, masukkan kentang satu persatu dengan api sederhana sahaja. Memang sekejap je garing tau. Jangan tinggalkan kuali sewaktu menggoreng.
Semoga bermanfaat dan jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit tips dan gambar: Zette Ariffin(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos