Bosan Semperit Biasa? Jom Try Resipi Semperit KEWPIE Mayonnaise Yang Confirm Cair Di Mulut!

Korang tengah pening fikir nak buat biskut raya apa tahun ni? Jom bawa sedikit kelainan di dapur dengan resipi biskut semperit yang mudah dan tanpa telur! Dengar macam pelik bila letak mayonis dalam biskut, tapi dengan menggunakan KEWPIE Mayonnaise Japanese Style, kuih raya tradisional korang pasti akan jadi lebih unik dan menjadikan hari raya lebih bermakna.

@kewpiemalaysia_official

Raya Lebih Bermakna dengan Semperit KEWPIE Mayonnaise Japanese Style 🌙 Bahan-Bahan: 200gm butter (suhu bilik) 100 gm gula icing 40gm tepung jagung 20gm KEWPIE Mayonnaise Japanese Style 320gm tepung gandum 60gm Tepung Kastard Pewarna makanan mengikut pilihan Cara Penyediaan: Di dalam sebuah mangkuk, satukan mentega dan gula aising yang telah diayak; pukul hingga adunan hingga sebati. Semasa memukul, masukkan KEWPIE Mayonnaise Japanese Style. Pukul sebentar sehingga sebati. Kemudian, ayakkan tepung gandum, tepung kastard dan tepung jagung, kemudian masukkan ke dalam adunan tadi menggunakan spatula. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian sama rata. Tambahkan beberapa titis pewarna makanan mengikut pilihan ke setiap bahagian dan gaul sehingga warna sekata. Kemudian paipkan adunan menggunakan nozel semperit ke atas loyang pembakar. Bakar pada suhu 150°C selama 20–25 minit atau sehingga masak. Semperit sedia untuk dihidangkan! KEWPIEMalaysia DariDapurKeHati KEWPIECepatMudahDanSerbaguna

♬ original sound – KEWPIEMalaysia_official – KEWPIEMalaysia_official

Bahan-bahan Yang Korang Kena Sediakan:

  • 200gm butter (pastikan pada suhu bilik tau!)
  • 100gm gula aising
  • 40gm tepung jagung
  • 20gm KEWPIE Mayonnaise Japanese Style – Bintang utama resipi kita!
  • 320gm tepung gandum
  • 60gm tepung kastard
  • Pewarna makanan mengikut cita rasa korang
KEWPIE Mayonnaise Japanese Style

KEWPIE

Cara Penyediaan Yang Sangat Kacang:

  1. Mula-mula, di dalam sebuah mangkuk yang bersih, satukan mentega dan gula aising yang telah siap diayak, lepas tu pukul adunan tersebut sampai betul-betul sebati.
  2. Sambil tengah memukul tu, masukkan KEWPIE Mayonnaise Japanese Style. Pukul lagi sekejap je sampai semuanya mesra dan sebati.
  3. Seterusnya, ayakkan tepung gandum, tepung kastard, dan juga tepung jagung, kemudian kaup balik perlahan-lahan ke dalam adunan tadi menggunakan spatula.
  4. Bila dah siap adunan tu, bahagikan kepada 2 bahagian yang sama rata. Masa ni korang boleh tambah beberapa titis pewarna makanan pilihan korang ke dalam setiap bahagian dan gaul sampai warna dia sekata cantik.
  5. Kemudian, paipkan adunan tersebut menggunakan nozel semperit ke atas loyang pembakar.
  6. Akhir sekali, bakar di dalam ketuhar pada suhu 150°C selama lebih kurang 20 hingga 25 minit, ataupun tunggu sampai biskut nampak masak elok.

Tadaaa! Biskut Semperit KEWPIE korang dah sedia untuk dihidangkan

Post Comment