fbpx

Brownies Cookies Guna Sukatan Cawan. Sedapnya Kudap-Kudap Sambil Buat Kerja

iCookAsia

Ramai yang sudah mula masuk bekerja di pejabat kan? Memang tak sah kalau taka da kudapan dekat tepi meja. Sebelum ini asyik kerepek, apa kata kita upgrade kudapan kepada Brownies Cookies. Mana tau ada yang tergoda, bolehlah buka tempahan. Dapat juga duit sampingan.

 

Bahan :

1 cawan coklat coin
3/4 cawan gula kastor
1/2 cawan Tepung gandum
1 Butir telur.
3 Sudu besar butter
Esen vanilla

 

Cara :

1. Cairkan butter dan coklat coin menggunakan kaedah double boil.

2. Kemudian dalam bekas lain, putar telur dan esen vanilla sampai kembang.

3. Masukkan adunan telur ke dalam coklat butter tadi. Putar sekejap.

4. Masukkan tepung gandum dan kacau sebati.

5. Panaskan oven pada suhu 160C terlebih dahulu.

6. Paipkan adunan di atas loyang yang dilapik dengan baking paper.

7. Bakar pada suhu 160°c selama 15minit atau bergantung kepada oven masing-masing.

Sumber : Amira Nadia

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x