fbpx

Buang Angin Dalam Badan Dan Jaga Aset Dalaman, Jom Amalkan Jamu Homemade Ini.

iCookAsia

Jamu manjakani ini cukup sesuai diamalkan oleh kaum wanita dalam usaha menjaga aset dalaman dan membuang angin dalam badan. Malah ia juga sesuai bagi mereka yang mengalami masalah keputihan.

Hasilnya, badan terasa bertenaga dan rasa sengal badan juga hilang. Kesihatan dalaman akan terpancar menerusi wajah yang berseri.

 

Bahan :

1 paket Manjakani

1 paket Halba

5 batang Serai – ketuk

2 ketul kecil Gula manisan / 1 ketuk besar Gula melaka

2 genggam Asam Jawa – campur segelas air dan perah. Tapis dan ambil air.

1/2 periuk Air

 

Bahan kisar :

3 ketul Kunyit

Seketul Halia

Cara :

  1. Kisar kunyit dan halia.
  2. Kemudian masak semua bahan sehingga pekat.
  3. Sejukkan dan tapis supaya bahan kasar dapat diasingkan. Masukkan ke dalam botol kaca dan simpan di dalam peti ais.
  4. Jamu ini sesuai diamalkan minum pada sebelah pagi dan waktu malam. Amalkan minum setengah gelas.
  5. Sewaktu amalkan jamu ini, pastikan minum air masak dengan banyak. Jika sedang datang bulan, disarankan berhenti minum jamu ini sementara.

Kredit resipi & foto : Hani Madu

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x