fbpx

Buat Adunan Waffle Ikut Resepi Ni. Confirm Rangup Di Luar, Lembut Di Dalam.

iCookAsia

Hidangan waffle ini biasanya kita dapatkan di kedainya tersendiri. Sama ada kedai itu terletak di dalam pasaraya atau di RnR. Betul tak?

Tapi semenjak duduk rumah ni. Ramai yang dah dapatkan Waffle Maker ini dan nikmati waffle dengan mudah di rumah. Haa, kalau ada dalam rancangan nak dapatkan perkakas dapur ini, jangan lupa untuk simpan resepi ni siap-siap untuk membuat adunannya nanti. 

Terima kasih Dee Ismail untuk perkongsian resipi Waffle ini 🙂

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum

1 1/2 cawan air

1/2 cawan susu segar

1 biji telur

2 sudu teh baking powder

2 sudu besar minyak masak

3 sudu teh gula

Sedikit garam

Cara membuat:

  1. Campurkan semua bahan dan blend.
  2. Masukkan ke dalam waffle maker.
  3. Apabila sudah masak, boleh sapukan perisa kegemaran masing-masing. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Dee Ismail (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x