Musim sekarang ini tidak menentukan? Tapi sejak kebelakangan ini, cuaca bertambah panas pula. Bila dah panas, tekak ni sudah pasti mencari air sejuk sahaja.
Jom Admin kongsikan satu hidangan yang boleh sejukkan tekak anda iaitu Aiskrim Asam Boi Limau Kasturi ini. Tak susah, mudah je sebab ini cara Aiskrim Malaysia 20 sen je. Jom cuba!
Terima kasih Ida Alina Salleh untuk perkongsian resipi Aiskrim Asam Boi Limau Kasturi ini 🙂
Bahan-bahan:
2 cawan gula (kurang sikit pun boleh)
2 liter air
2 sudu besar tepung jagung (campur dengan sedikit air dari yang 2 liter tadi)
3-4 sudu besar kordial asam masin Double Lion (kalau tak mahu letak pun tak apa, optional)
24-30 biji asam boi
Cara membuat:
- Masukkan dalam periuk, air dan air campuran tepung jagung, gula, asam boi.
- Masak hingga mendidih dan air menjadi jernih.
- Masukkan kordial. Rasa dan tambah jika perlu. Boleh juga masukkan sedikit garam. Kemudian, sejukkan.
- Perahkan jus dari 4 atau 5 limau kasturi. Kacau.
- Tapiskan air. Ketepikan asam boi. Masukkan asam boi satu-satu dalam plastik. Letak air asam boi. Ikat dan boleh bekukan semalaman.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Ida Alina Salleh (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos