fbpx

Buat Apam Lenggang Untuk Sarapan Pagi. Makan Bila Apam Dah Sejuk Pun, Masih Sedap Lagi.

iCookAsia

Ada yang minat dengan hidangan sarapan Apam Lenggang? Senang je sebenarnya nak buat. Macam buat lempeng dan hanya berbeza pada beberapa bahan sahaja. Kalau dah tiada idea nak buat apa untuk hidangan sarapan anda, boleh lah cuba resepi Apam Lenggang daripada seorang pengguna Facebook ini. 

Bukannya sedap je, tetapi cara membuat pun mudah. Hanya menggunakan sukatan cawan. 

Terima kasih CT Liz untuk perkongsian resipi Apam Lenggang ini 🙂

Bahan-bahan:

1 1/2  cawan tepung gandum

1/2 cawan tepung beras

1 cawan santan

1/2 cawan air tapis

3-5 sudu besar gula (ikut manis yang disukai)

1/2 sudu teh garam

1/2 sudu besar yis

Cara membuat:

  1. Blend atau gaul semua hingga sebati.
  2. Perap 2 jam atau hingga naik berbuih.
  3. Lenggangkan dalam kuali non stick.

Nota: Boleh dimakan begitu sahaja atau makan dengan kuah kari atau sardin.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: CT Liz (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x