Resepi Kuih Apam ni memang senang sangat. Antara resepi yang anti-gagal. Tapi pernahkan anda cuba buat Apam Nasi dengan menggunakan Eno? Nak tahu apa rasanya, jom cuba buat!
Terima kasih Nawar Azhar untuk perkongsian resipi Apam Beras Eno ini 🙂
Bahan-bahan:
1 cawan nasi sejuk
2 cawan tepung beras
1 1/4 cawan air
3/4 cawan gula
1 sudu kecil yis mauripan
1 peket eno (biru)
Pewarna yang di sukai
Kelapa parut putih (dikukus dengan sedikit garam selama 5 minit)
Acuan bunga oles dengan minyak
Cara membuat:
- Blender nasi dengan air sehingga halus dan ketepikan.
- Dalam satu bekas, masukkan tepung beras, gula dengan yis dam gaul rata.
- Masukkan bahan yang di kisar tadi dan gaul sebati. Tutup dan perap selama 3-4 jam.
- Selepas perap, masukkan eno gaul merata dan biarkan sebentar.
- Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan letak pewarna.
- Tuang adunan berselang seli warna ke dalam acuan. Buat sampai adunan habis.
- Apabila air kukusan dah mendidih, kukus selama 10-15 minit dengan api sedang besar.
- Bila apam dah masak bolehlah di hidangkan dengan kelapa parut yang telah di kukus.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Nawar Azhar (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos