fbpx

Buat Apple Pie Sendiri Di Rumah. Habis Harum Semerbak Rumah Bau Butter Dan Apple.

iCookAsia

Hidangan pie ini asalnya daripada hidangan orang putih. Dibuat pada musim-musim tertentu atau pada majlis keramaian. Kalau kita orang Melayu pula, sama ada beli di kedai bakery atau tempah. 

Jangan risau, lepas ni anda boleh berjimat dah dan boleh nikmati Apple Pie segar-segar di rumah. Best buat Apple Pie ni sebenarnya. Rasa macam di movie/drama la pula, hehe.

Terima kasih Ida Alina Salleh untuk perkongsian resipi Apple Pie ini 🙂

Bahan-bahan untuk Crust:

2 1/2 cawan tepung gandum

1/2 sudu besar gula

1 sudu kecil garam

200 gm butter sejuk

7 sudu besar Air  sejuk berais

Caranya:

  1. Masukkan semua bahan (kecuali air) dalam food processor.
  2. Pulse hingga butter berketul-ketul kecil saiz kacang peas dan bergaul tepung.
  3. Masukkan air sejuk sudu demi sudu hingga pastry bergumpal.
  4. Bahagi kepada dua. Masukkan dalam bekas dan sejukkan dalam fridge sejam. 

(Elakkan terlalu mengguna tangan. Kepanasan adalah musuh ketat pastry).

Bahan untuk Inti:

8 sudu besar butter

3 sudu besar tepung gandum

1/2 cawan gula demerara atau gula perang

1/2 cawan gula pasir

1/4 cawan air

Sebatang kulit kayu manis

Sedikit garam

6 biji apple Granny Smith (kupas kulit, buang core, belah 16 tiap sebiji dan gaul dengan sedikit lemon juice)

Cara membuat:

  1. Cairkan butter, masukkan tepung dan whisk seminit atas dapur tanpa berhenti.
  2. Masukkan 1/4 cawan air, kacau dan jangan berhenti. Masukkan gula dan kulit kayu manis, masak 3 minit atas api perlahan. Letak secubit garam. Matikan api dan biarkan sos menyejuk sebentar.
  3. Ketepikan kulit kayu manis. Gaul sos dengan apple yang telah disediakan. Biar sebentar.
  4. Sediakan lapis bawah pastry dalam bekas 9 inci x 13 inci. Masukkan inti. Tutup dengan setengah lagi pastry. Sapu dengan kuning telur.
  5. Panaskan ketuhar 205 darjah Celsius. Bakar pie 15 minit. Turunkan suhu ke 160 darjah C, sambung bakar sejam lagi atau hingga apple lembut.
  6. Sejukkan sebelum dihidang. 

*Apple pie tak boleh dihidangkan terus dari oven sebab kuah akan cair dan tak berapa sedap. Saya suka hidang pie ni dengan satu scoop aiskrim vanilla.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Ida Alina Salleh (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x