fbpx

Buat Asam Pedas Ikan Mayong, Dengan Kuah Yang Perfect Rasanya!

iCookAsia

Kalau mak kita buat Asam Pedas, mesti berebut nak makan. Meh Admin nak kongsikan resepi Asam Pedas yang cukup rasa dan jadi kegemaran ramai ini. Wangi dan padu kalau hidangkan menu ini untuk keluarga.

Jom try.

Terima kasih Zarra Zainal untuk perkongsian resipi Resepi Asam Pedas Ikan Mayong ini 🙂

Bahan- bahan:
4 potong ikan mayong
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
Rempah kari ikan
Air asam jawa
Bunga kantan
Daun kesum
Garam
Gula
Kacang bendi
Tomato

Cara membuat:

  1. Mula-mula, tumis bawang merah, bawang putih, halia dan cili kering yang telah dikisar. Tumis sehingga pecah minyak. 
  2. Kemudian, masukkan rempah kari ikan satu sudu. Jika sudah pecah minyak tambah lagi air, biar sekurang-kurangnya 2 kali asam pedas kita pecah minyak. 
  3. Masukkan air asam jawa.
  4. Masukkan pula ikan mayong dan kacau-kacau.
  5. Kemudian, masukkan daun kesum dan bunga kantan.
  6. Letakkan garam dan sedikit gula .Gula jangan banyak, cukup sekadar untuk bagi balance rasa asam pedas sahaja. Boleh juga letak serbuk perasa kesukaan anda waktu ini.
  7. Akhir sekali, apabila ikan sudah masak boleh letakkan kacang bendi dan tomato. Boleh dihidangkan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Zarra Zainal(Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity

 

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x