Apabila disebut perkakas dapur Air Fryer ini, memang proses memasak kita akan menjadi lebih cepat dah mudah. Bermacam-macam resepi yang telah dikongsikan dengan menggunakan Air Fryer ini. Seperti perkongsian resipi dibawah ini. Ayam kepak Blackpepper ini, dimasak dengan mudah selama 20 minit sahaja. Jangan risau tak masak atau apa, memang diyakini cukup masak dan ayam lebih berjus. Anak-anak pasti suka. Jom cuba!
Terima kasih Norhafidah Edin untuk perkongsian resipi Ayam Blackpepper ini 🙂
Bahan-bahan:
Kepak ayam 8 ketul
Bawang putih 5 ulas (tumbuk kasar)
Halia tumbuk kasar
Sos black paper 5 sudu besar atau lebih
Sos cili 5 sudu besar atau lebih
Madu 3 sudu besar
Garam (agak-agak)
Sedikit gula
Secukup rasa Maggi (agak-agak)
Cara penyediaan:
- Gaul semua bahan sekali dan perap 5 minit atau lebih. Ikut citarasa masing-masing.
- Selepas itu, panggang kedalam Air Fryer pada suhu 180⁰. 10 minit bahagian atas dan 10 minit bahagian bawah (diterbalikkan).
*Suhu dan masa mengikut air fryer masing-masing.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Norhafidah Edin (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/