Siapa di sini yang suka makan Biskut Florentine? Kalau beli, harganya pun boleh tahan kan, apa kata ada semua buat sendiri sahaja, sangat jimat dan boleh dapat banyak. Nak buat kudapan moreh atau dijadikan biskut raya pun sangat sesuai.
Jom kita try.
Terima kasih untuk Azira Ibrahim perkongsian resipi Biskut Florentine ini 🙂
Bahan-bahan:
500 g tepung florentine
500 g almond flakes
200 g biji bunga matahari
200 g biji labu
20 g bijan hitam
20 g bijan putih (optional)
Paper cup base 5 cm (muffin cup) secukupnya
Cara membuat:
- Mula-mula, bakar kekacang pada suhu 160 c dalam tempoh 5 minit. Sejukkan.
- Kemudian, campurkan semua kekacang di dalam bekas.
- Masukkan tepung florentine dan gaul sehingga sebati.
- Seterusnya, sudukan 1 sudu kecil bahan ke dalam paper cup hanya untuk sekadar menutup dasar paper cup.
- Bakar pada suhu 160 c selama 10Â minit.
- Akhir sekali, sejukkan, biskut akan boleh ditanggalkan dengan mudah dari paper cup. Paper cup boleh diulang-ulang pakai untuk membakar semua adunan tadi.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar:Azira Ibrahim(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://www.icookasia.shop/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos
Ikuti Channel Telegram kami untuk resepi, peraduan dan pelbagai aktiviti terkini yang menarik – https://t.me/icookasiacommunity