fbpx

Buat Biskut Nestum Rangup Dengan Mudah Menggunakan Sukatan Cawan Sahaja. Resepi #Ramadan

iCookAsia

Raya belum lagi tiba, tetapi tidak salah untuk kita mula membuat daripada sekarang, kan? Orang putih kata, practice makes perfect. Haa, jadi buat daripada sekarang. Nanti dah nak dekat raya, tidak lah ada masalah biskut hangus atau tidak menjadi. Betul tak?

Terima kasih Nor Azliza Mohamed untuk perkongsian resipi Nestum Crunchy Cookies ini 🙂

Bahan-bahan:

250g buttercup

1 + 1/4 cawan castor sugar

3 cawan tepung gandum (diayak)

1/2 cawan tepung jagung (diayak)

1 sudu kecil baking powder (diayak)

1 biji telur 

1 sudu kecil esen vanilla

1 cawan nestum

Ceri merah untuk hiasan

Cara membuat:

  1. Campurkan butter dan gula dan pukul hingga kembang.
  2. Masukkan telur dan  esen vanilla, mix sebati.
  3. Off mixer, masukkan bahan-bahan ayak, ditambahkan nestum. Kacau-kacau sebati sehingga menjadi doh dan tidak melekat di tangan.

 

*kalau doh lembik, letakkan sedikit tepung gandum. 

  1. Tekap denan acuan yang digemari atau getel-getel dan susun atas baking tray. Hias dengan hirisan ceri merah.
  2. Bakar pada suhu 160°c selama 20 hingga 25 minit atau sehingga masak (bergantung pada oven masing-masing). 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Nor Azliza Mohamed (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x