fbpx

Buat Burnt Cheese Cake Hanya Menggunakan Air Fryer. Masukkan Perahan Air Lemon, Lagi Bertambah Sedap.

iCookAsia

Pencuci mulut Burnt Cheesecake ini pernah viral pada PKP musim pertama tahun lepas. Memang sangat mudah untuk dibuat. Tetapi mungkin ada yang pernah cuba untuk dibuat menggunakan teknik bakar dengan oven dan ianya tidak menjadi. 

Jangan risau. Disini Admin kongsikan resepi Burnt Cheesecake daripada seorang pengguna Facebook yang hanya menggunakan perkakas dapur moden, iaitu Air Fryer. Ha, jika anda ada Air Fryer yang berjenama Faber, boleh lah ikuti resepi ini. Confirm menjadi!

Terima kasih Rabiatul Yusoff untuk perkongsian resipi ini 🙂

Bahan-bahan: 

Telur – 3 biji

Cream cheese 250 gram

Gula 125 gram

Whipping cream 125 ml

Tepung gandum 2 sudu besar 

½ biji Lemon

Cara penyediaan:

  1. Campurkan kesemua dan dan mix hingga sebati. 
  2. Preheat Air Fryer dengan suhu 170 ° selama 5 minit. 
  3. Masukkan adunan kedalam Air Fryer dan setkan suhu 170° selama 25 minit. 

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Rabiatul Yusoff (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x