Makanan Choco Jar sudah menjadi tular lama dan kegemaran ramai. Lebih-lebih lagi kalau dibeli yang jenisnya coklat melimpah. Baru nikmat kan? Tetapi tahukah anda, baru baru ini Facebook juga viral resepi coco jar yang menggunakan 3 bahan sahaja.
Daripada hasil perkongsian ini, beliau rupanya menggunakan cara membakar mini crunch dahulu untuk elak cepat lemau. Buat anda yang tiada ketuhar di rumah, boleh cuba teknik Sangai tanpa minyak. Itu pun menjadi.
Terima kasih Fainda Farahin Fainda Farahin untuk perkongsian resipi Coco Jar ini 🙂
Bahan-bahan:
3 keping coklat Cadbury
500 gm Mini crunch (boleh beli di kedai bakery)
1 cup minyak jagung/ minyak masak
Dark Chocolate (Optional)
Cara penyediaan:
1. Bakar Mini crunch selama 5 minit pada suhu 150 celcius.
2. Double boil coklat dan minyak. Masukkan sedikit dark chocolate untuk kurangkan Manis. Tidak mahu letak pun tidak mengapa.
3. Setelah kesemuanya cair, pastikan coklat betul-betul sejuk dan baru masukkan ke dalam bekas.
4. Masukkan mini crunch dan chocolate kedalam bekas.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Fainda Farahin Fainda Farahin (Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/