fbpx

Buat Cili Kisar Sendiri. Senang Nak Masak Masakan Bergoreng Lepas Ni.

iCookAsia

Cili Kisar ini antara bahan tumis yang sangat on-the-go bila nak masak masakan yang bergoreng seperti Nasi Goreng, Mee Goreng dan lain-lain lagi. Kalau hidangan Mamak ni memang menjadi bahan yang wajib untuk ada. 

Boleh cari je di pasaran Cili Kisar ini. Tapi lebih best kalau buat sendiri di rumah. Lebih jimat. Buat je banyak banyak seperti seorang pengguna Facebook ini, simpan stock, tahan lama dan nak masak lepas ni jadi mudah.  Jom buat!

Terima kasih Firda Ashaary untuk perkongsian resipi Cili Kisar ini 🙂

Bahan-bahan:

Cili kering

Bawang besar 

Bawang putih 

Minyak 

Air

Cara penyediaan:

  1. Mula sekali cuci dan bilas cili kering tu, rendam dengan air sekejap. Air paip boleh, air panas pun boleh. Terpulang pada anda.
  2. Selepas itu, masukkan cili kering dalam blender bersama bawang besar, bawang putih, dan air. Jangan banyak tau air. Separuh ja dulu. Kalau nampak blender sarat tak boleh kisar baru tambah sikit-sikit.
  3. Bawang besar boleh letak lebih. Lagi banyak lagi sedap. Bawang putih tu cukup sekadar seulas dua. Tak perlu banyak. Nak ambik bau je.
  4. Minyak letak lah 3 atau 4 sudu. Tak perlu banyak sangat pun. Minyak ni hanya untuk bantu hancurkan bijik cili supaya lumat.
  5. Kemudian, blend lah sampai lumat elok. 
  6. Dah siap. Tuang dalam bekas bertutup. Simpan dalam peti sejuk. 

*Bila nak guna, cedok guna senduk bersih supaya cili tak cepat rosak. 

*Tak perlu dah nak angkut cili boh kat kedai untuk kegunaan di dapur.

*Kalau nak guna untuk buat pes asam pedas atau kuah laksa, cuma ambil 3 atau 4 senduk cili kisar. Masukan semula dalam blender, tambah belacan. Kisar, siap untuk ditumis.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Firda Ashaary (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x