fbpx

Buat Cucur Cara EXTRA Iaitu Bebola Ayam Rangup. Kalau Dah Bosan Cara Biasa Dan Kosong, Boleh Ikut Cara Ini.

iCookAsia

Hidangan cucur memang sudah menjadi kebiasaan atau popular untuk sarapan pagi. Senang je nak buat, kena pandai adjust je bahan-bahan yang digunakan. Tetapi, adakah anda sudah bosan dengan cucur yang biasa?

Jom buat kelainan. Disini seorang pengguna Facebook telah membuat Cucur Bebola Ayam yang rangup sangat. Nak tahu apa rasa, kena lah cuba masak. Amacam?

Terima kasih CT Liz untuk perkongsian resipi Cucur Bebola Ayam ini 🙂

Bahan-bahan:

1 cawan tepung beras

1 biji telur

1/3 cawan air

3-4 ketul ais kiub

1 sudu besar air kapur (jernih)

1 sudu besar marjerin cair atau minyak masak

Bebola ayam-dihiris dua

Hujung sudu teh serbuk kunyit

Cara memasak:

  1. Campur dan bancuh kesemuanya kecuali serbuk kunyit. Jangan terlalu pekat dan terlalu cair. Jika agak pekat, tambah ketul ais. Kacau jangan bagi berketul. Akhir sekali, baru masukkan kunyit. Gaul rata dan masukkan bebola ayam.
  2. Siap untuk digoreng. Panaskan minyak terlebih dahulu. Minyak dah panas baru masukkan bebola ayam. Apabila sudah garing dua-dua belah, boleh angkat dan toskan minyak. 

*Boleh dicicah dengan mayonis dan sos cili.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: CT Liz (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x