fbpx

Buat Cucur Manis Dengan Perfect Bentuk Bulatnya. Guna 4 Bahan Je!

iCookAsia

Hidangan cucur Manis memang menjadi kegemaran dan kebiasaan ramai pada waktu sarapan. Mudah dibuat, dan bahan pun senang nak dapat. Tapi pernahkan anda rasa susah nak bentukkan Cucur Manis ini bentuk bulat yang menjadi dan cantik?

Jom ikut resepi perkongsian daripada seorang pengguna Facebook ini. Beliau membuat Cucur Manis dengan mudah. Pastikan guna Air Suam tau, dan itulah rahsianya!

Terima kasih Zura Zul untuk perkongsian resipi Cucur Manis ini 🙂

Bahan-bahan:

3 cawan tepung gandum

4 sudu makan gula

Sedikit garam 

2 1/2 cawan air panas* (cuckoo) 

Cara membuat:

  1. Kecuali air panas, gaul semua bahan hingga serata.
  2. Tuang air panas dan gaul sebati. Kemudian, suamkan/sejukkan dulu adunan cucur.
  3. Selepas itu, lumurkan sedikit minyak pada tapak tangan. Jemput sedikit adunan. Agak-agak sebesar bola pingpong. Buat bulat-bulat tapi jangan kemas sangat. Agak-agak bulat sahaja.
  4. Panaskan minyak. Semasa nak letak doh cucur tu, perlahankan sedikit api. Kemudian besarkan sedikit api dan biar masak seketika.

*Sentiasa balik-balikkan cucur tu hingga masak keemasan.

Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉

Kredit resipi dan gambar: Zura Zul (Facebook)

Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/

Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos

TAGGED:
Share This Article
Leave a comment
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x