Musim Raya Haji ni mesti banyak resepi daging kan, antara menu daging yang popular ialah daging masak hitam. Admin share kan resepi daging hitam ni untuk anda cuba. Boleh mengubat hati rindu pada kampung.
Terima kasih Noriza Jaja untuk perkongsian resipi Daging Masak Hitam ini 🙂
Bahan-bahan:
1 kg daging (diperap dengan kicap pekat, kicap manis dan sedikit gula) agak-agak sahaja
1 kg bawang goreng (guna bawang kecil lebih sedap)
1 senduk cili kering blend (kalau suka pedas boleh lebihkan)
Kicap pekat, kicap manis, kicap masin
Air asam jawa
Garam dan gula secukupnya
Air
Minyak untuk menumis
Cara memasak:
- Perap daging dengan kicap dan gula selama 1/2 jam. Gula dlm 2 sudu besar. Kicap pekat dan kicap manis jangan banyak sangat sebab masa menumis nanti kita nak tambah kicap lain.
- Panaskan minyak 1 senduk @ setengah cawan minyak masak dan masukkan daging yg diperap tadi, masak sampai keluar air daging dalam 10 hingga 15 minit, kemudian masukkan cili kering blend dan reneh lagi hingga cili benar-benar masak.
- Masukkan kicap manis, kicap masin dan kicap pekat, kemudian masukkan air asam jawa.
- Renehkan daging hingga empuk, tambahkan air jika kering dan daging belum empuk.
- Masukkan bawang goreng dan masak hingga bawang sebati. Perasakan ikut selera anda.Â
Gunakan 32cm SHEFU Aluminium Wok untuk memastikan daging anda masak sekata dan tak melekat pada kuali.
Siap! Anda jangan lupa untuk try buat di rumah, okay! 😉
Kredit resipi dan gambar: Noriza Jaja(Facebook)
Untuk dapatkan barangan dan perkakas memasak yang berkualiti pada harga yang berpatutan, layari https://shop.icookasia.com/
Layari dan Subscribe Channel YouTube iCookAsia untuk pelbagai resepi yang menarik – https://www.youtube.com/c/iCookAsiaChannel/videos